KENAPA PUASA DIFARDUKAN KEPADA UMAT ISLAM
PENDAHULUAN
Dari segi bahasa puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu. Dari segi syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa juga boleh difahami sebagai mencegah diri daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari fajar sehingga terbenam matahari.
AYAT AL-QURAN BERKAITAN TOPIK PERBINCANGAN
Dalam Al-Quran, terdapat perintah Allah Taala yang mewajibkan umat Islam untuk melaksanakan ibadah berpuasa. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183, Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Begitu juga dalam ayat 185 yang bermaksud:
“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”
Begitu juga dalam ayat 185 yang bermaksud:
“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”
HUKUM ISLAM (PENDAPAT ULAMA)
Di antara pendapat ulama itu di antaranya:
Pertama, bawa dalam puasa itu tidak boleh terjadi riak seperti pada ibadah lainnya. Sedangkan riak merupakan sifat anak adam dan puasa merupakan Ibadah dalam hati. Semua amal tentulah dengan gerakan, sementara puasa hanya merupakan minyak yang tidak diketahui oleh orang-orang.
Kedua, yang dimaksud "Allah sendirilah yang akan membalasnya" adalah, hanya Allah yang mengetahui kadar pahala dan lipatannya.
Ketiga, makna "Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya" adalah puasa itu merupakan ibadah yang paling disukai Allah.
Keempat penyanderaan ibadah puasa kepada Allah ialah untuk memuliakannya sebagaimana dikatakan "Baitullah yang erti Rumah Allah".
Kelima bahwa menjauhi makanan dan pemuasan nafsu syahwat merupakan sifat-sifat Tuhan. Orang yang berpuasa itu mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang sesuai dengan sifat-sifatnya.
Keenam bahwa menjauhi makanan dan pemuasan nafsu syahwat merupakan sifat-sifat malaikat.
Ketujuh bahwa semua amal ibadah itu akan menebus kezaliman manusia kecuali ibadah puasa.
Para ulama berpendapat bahwa yang dimaksud puasa dalam firman Allah "Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya" adalah puasa yang bisa menyelamatkan seseorang dari tindakan maksiat baik dalam perkataan maupun dalam perbuatan.
HIKMAH DAN FAEDAH BERPUASA
Yang pertama ialah melatih diri supaya bersabar keraana sabar itu sebahagian daripada iman dan sifat mulia. Hanya dengan bersabar, maka orang yang berpuasa tidak akan makan atau minum serta melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasanya selagi belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
Yang kedua ialah puasa menjinak hati manusia supaya lekas dan insaf terhadap susah payah keperitan orang-orang miskin dan melarat. Mudah-mudahan orang kaya atau orang yang cukup barang makanan akan mudah mengingati nasib orang miskin akan terpanggil hatinya untuk membantu. Puasa juga adalah salah satu cara yang berkesan untuk kesihatan tubuh badan.
Yang kedua ialah puasa menjinak hati manusia supaya lekas dan insaf terhadap susah payah keperitan orang-orang miskin dan melarat. Mudah-mudahan orang kaya atau orang yang cukup barang makanan akan mudah mengingati nasib orang miskin akan terpanggil hatinya untuk membantu. Puasa juga adalah salah satu cara yang berkesan untuk kesihatan tubuh badan.
KAJIAN SAINS TENTANG BERPUASA
Puasa bulan Ramadan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan saja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan "dirinya" dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini. Berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kuit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan. Berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian.Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.
KESIMPULAN
Sesungguhnya puasa adalah ibadat yang penuh dengan segala keistimewaan terutamanya puasa Ramadhan. Puasa yang dilakukan dengan sempurna meletakkan orang yang berpuasa mendapat ganjaran yang tidak terhitung banyaknya ibarat lautan tidak bertepi yang disediakan oleh Allah SWT. Selain mendapat pahala kerana berpuasa maka ibadat ini juga menjadi sekolah yang melatih hamba Allah memenuhi diri atau meperlengkapkan diri dengan akhlak mulia seperti sabar, pemurah, rajin, penyanyang dan bertimbang rasa di samping mendidik manusia supaya mengenal diri sebenar bahawa mereka adalah hamba Allah yang serba kekurangan dan sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah SWT. Orang yang berpuasa sebenarnya berperang dengan nafsunya. Sesiapa sahaja yang berjaya menyekat nafsunya daripada menguasai dirinya sepanjang ia berpuasa maka ia telah mencapai kejayaan. Kesimpulannya, melaksanakan puasa Ramadhan adalah wajib hukumnya dan jika tidak dapat dilakukan pada waktunya kerana keuzuran maka wajiblah diqadakan. Namun begitu lebih cantik lagi bagi seseorang muslim yang telah berpuasa Ramadhan supaya berpuasa sunat mengikut pilihan dan kemampuan kerana yang demikian menambahkan lagi pahala dan lebih mendekatkan lagi dirinya dengan Allah SWT.
SUMBER RUJUKAN
1) MOHAMAD IKHFAN AMIR BIN ISMAIL (0DEE2OF1008)
2) AHMAD HAZIM DANIAL BIN SHAFII (04DEE20F1051)
3) MUHAMAD AIZAD HAIKHAL BIN AZAHAR (04DEE20F1069)
No comments:
Post a Comment